Koperasi

Login Pengguna

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini219
mod_vvisit_counterMinggu ini1732
mod_vvisit_counterBulan ini5681

Pengunjung Semasa

We have 14 guests online

In order to view this object you need Flash Player 9+ support!

Get Adobe Flash player

Powered by RS Web Solutions

Selamat Hari Guru PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Sunday, 13 May 2012 10:53

hari_guru

 

KKGLMSM mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia.

Semoga khidmat dan jasamu akan terus mengalir dalam diri rakyat untuk kejayaan bersama.

Last Updated on Sunday, 13 May 2012 11:02
 
SPM PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Wednesday, 21 March 2012 09:33
KKGLMSM mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan SPM 2012 yang cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang diharap tidak berputus asa dan teruskan usaha anda semua untuk masa akan datang. Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang mendapat keputusan tertinggi peratus pelajar cemerlang. Tidak lupa juga tahniah kepada semua guru-guru yang tidak henti-henti memberi tunjuk ajar kepada semua murid.
 
Lagu_Kesatuan PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Thursday, 16 February 2012 09:13

 

KEMAHUAN TANGGA KEJAYAAN

Bermegah berdiri kami semua,

KKGLM Kesatuan kita,

Memajukan kepentingan ahlinya,

Bidang keguruan mulia.

Memesra hubungan majikan pekerja,

Mengerat hubungan ahli – ahli,

Berjuang menghapuskan sengketa,

Cara ikrab dan bijaksana.

Mari perjuangkan hak pekerja,

Sehingga kita Berjaya,

Namun begitu berwaspada,

Tanggungjawab pada negara.

Marilah bergerak berbakti,

Harumkan ibu pertiwi,

Kami warga berjuang bersopan,

Kemahuan Tangga Kejayaan.

 
Salam Maulidur Rasul PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Monday, 06 February 2012 09:47

KKGLMSM Mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul Kepada Semua Warga Pendidik Dan Seluruh Umuat Islam Di Malaysia.

 

maulidur_rasul

 

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari lahir Nabi Muhammad S.A.W .buat ke sekian kalinya. Namun, cukupkah dengan perarakan, berzanji, bertahlil, ceramah dan sebagainya dapat menyatakan kasih sayang kita kepada nabi junjungan besar kita? Tentu tidak bukan.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Kita adalah خير امة! Umat yang terbaik! Jadi, kita ambil sedikit masa untuk merenungi sambutan Maulidur Rasul yang kita adakan pada setiap tahun. Pohonlah selalu agar diberi hidayah selain mencari hidayah melalui majlis ilmu dan membaca bahan agama. Jangan hanya menbutakan mata pada hakikat kehidupan kita yang semakin mendesak pada kecintaan agama dan kehidupan duniawi.


Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w


Last Updated on Wednesday, 08 February 2012 09:17
 
Sejarah Ringkas KKGLMSM PDF Print E-mail
Written by hafiz   
Sunday, 29 January 2012 10:53

SEJARAH RINGKAS KKGLMSM

 

1. Tarikh Pendaftaran : 01hb. November 1962

2. Nama asal : Kesatuan Kebangsaan Guru - Guru Lepasan Maktab / Pusat Latihan Harian Malaysia Barat.

3. Yang Dipertua / Presiden & tarikh memegang jawatan :

  1. Tn. Hj. Ahmad Bin Ab. Rahman ( Perlis )
  2. En. Ali Bin Hashim ( Johor )
  3. Tn. Hj. Ramli Bin Johan ( Melaka )
  4. Tn. Hj. Kasim Bin Harun ( Johor )
  5. Tn. Hj. Muhammad Mustapha ( Kelantan - mulai 01.09.1992 - 31.12.2000 )
  6. En. Md. Bashah Bin Abd. Razak ( mulai 15.01.2001 - 15.09.2001 )
  7. Tn. Drs. Aziz Bin Sidek ( mulai 15.09.2001 hingga kini )

4. Ibu Pejabat :

  1. Muar, Johor
  2. Pada 01 April 1989n Ibu Pejabat telah dibuka di Kota Bharu, Kelantan.

5. Tukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru - Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia ( KKGLMSM ) pada 28 Mei 1979

6. Pada 09 April 1991 Tabung Kebajikan KKGLMSM telah didaftarkan.

7. Pada 20 Januari 1994 Koperasi KKGLM Malaysia  Berhad telah didaftarkan.

 

PRESIDEN KKGLMSM

  1. Tn. Hj. Ahmad Bin Abd. Rahman ( Perlis )
  2. Dato' Hj. Ali Bin Hashim ( Johor )
  3. Hj. Ramli Bin Johan ( Melaka )
  4. Tn . Hj. Kassim Bin Hj. Haron ( Johor )
  5. Tn. Hj. Muhammad Bin Mustapha ( Kelantan )
  6. En. Mohd Bashah Bin Abd. Razak ( Perak )
  7. Tn. Drs. Aziz Bin Sidek ( Johor )
  8. En. Ahmad @ Hamid Bin Hussin ( Terengganu )
  9. Tn. Hj. Jemale Bin Paiman ( Johor )

SETIAUSAHA AGUNG KKGLMSM

  1. En. Chew Choo Meng ( Selangor )
  2. Tn. Hj. Kassim Bin Hj. Haron ( Johor )
  3. Tn. Hj. Muhammas Bin Hj. Mustapha ( Kelantan )
  4. Tn. Hj. Hashim Bin Umar ( Melaka )
  5. Tengku Arshad Bin Long ( Terengganu )
  6. Tn. Hj. Awang Bin Mohmad ( Kelantan )
  7. Tn. Hj. Wan Hasan Bin Wan Abdullah ( Kelantan )
  8. En. Mohd Nasir Bin Othman ( Pulau Pinang )

 


Last Updated on Sunday, 29 January 2012 12:07
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8
Utama
Public Service Department
 
 
Copyright © 2012 :::Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia :::. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 
 
     
 
   
Design by windows vista forum and energiesparlampen